300 keluarga pelajar di Lembah Pantai dibantu

300 keluarga pelajar di Lembah Pantai dibantu

FAHMI Fadzil (tengah) melancarkan program Kembali ke Sekolah yang diadakan untuk komuniti Lembah Pantai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sea Limited, sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka menyokong komuniti Lembah Pantai menerusi program sokongan pendidikan berterusan dengan kerjasama Pejabat parlimen kawasan tersebut.

Inisiatif tersebut yang kini memasuki tahun kedua, membuktikan kepercayaan Sea Limited terhadap bahawa kuasa transformasi pendidikan dan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.

Program tersebut menawarkan bantuan kepada pelajar sekolah menengah di Lembah Pantai, dengan matlamat khusus untuk membantu 300 keluarga pada sesi persekolahan 2025.

Program Kembali ke Sekolah 2025 itu membolehkan penerima mendapat baucar yang boleh ditebus untuk membeli seragam sekolah dan keperluan pembelajaran lain.

Inisiatif berkenaan bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga dan memastikan semua pelajar mempunyai peluang yang sama rata untuk cemerlang dalam akademik.

Ketua Negara Sea Limited Terence Siau berkata, pihaknya percaya bahawa pendidikan adalah asas kepada masyarakat yang maju.

“Program ini mencerminkan komitmen kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan menyediakan sumber yang mereka perlukan untuk berjaya dalam perjalanan pendidikan mereka,” ujarnya.

Program tersebut diadakan di Lembah Pantai, dihadiri oleh ahli komuniti dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi.

Kehadiran mereka menonjolkan kepentingan kerjasama antara sektor swasta dan agensi kerajaan dalam memupuk pembangunan komuniti serta menyokong pendidikan.

Fahmi memuji usaha tersebut sebagai menyokong keperluan pendidikan golongan muda. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN