3 maut kenderaan terbabas, lemas ketika kereta tenggelam 

3 maut kenderaan terbabas, lemas ketika kereta tenggelam 

PASUKAN bomba menemukan salah seorang mangsa lemas dalam kejadian di Ladang YPJ, Ulu Sedili, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tiga lelaki ditemukan mati lemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan dihanyutkan ketika meredah banjir dalam kejadian di Ladang YPJ, Ulu Sedili di sini, petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syukri Mohd Yusof berkata, Pasukan Keluar Operasi (PKO) dikejarkan ke lokasi kejadian dan apabila tiba mendapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan terbabas ketika mengharungi air banjir di kawasan ladang kelapa sawit.

“Pada masa kejadian, dua rakan mangsa yang turut berada di lokasi kejadian telah memberi bantuan awal dan berjaya membawa keluar satu mangsa dari kenderaan yang telah tenggelam. 

“Manakala dua lagi masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Syukri berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman dan menemukan mangsa kedua kira-kira pukul 11.10 malam, manakala mangsa ketiga dijumpai pada pukul 12.10 tengah malam tadi.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi di sini untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya