3 mangsa pemerdagangan diselamat, sambut tahun baru di Malaysia

3 mangsa pemerdagangan diselamat, sambut tahun baru di Malaysia

HISHAMUDDIN Hashim (tiga kiri) berbual bersama salah seorang mangsa pemerdagangan manusia sejurus tiba di Balai Ketibaan KLIA 2. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Sekumpulan tiga lelaki warga tempatan bersyukur apabila berjaya pulang ke tanah air tanpa perlu membayar tebusan yang dituntut sindiket pemerdagangan di Laos.

Kesemua individu yang diselamatkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) itu berusia 20 tahun dan juga berasal dari Melaka.

Kata seorang mangsa, Roni (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak menyangka bahawa dua mangsa yang lain tinggal di kawasan perumahan sama.

Bercerita pengalamannya, dia mendakwa, mereka tidak tahu ditipu sindiket penjenayah itu yang menawarkan konon banyak pekerjaan di Thailand dengan gaji bulanan RM4,000.

“Saya sendiri diberi tiket bas ekspres percuma dari Melaka Sentral menuju ke Terminal Bersepadu Selatan di ibu negara sebelum dibawa pula seorang ejen ke KLIA,” katanya selepas tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Dia hanya menyedari ditipu apabila diarah menaiki bot menyeberangi sungai dari Chiang Rai, Thailand ke Segi Tiga Emas di Laos yang dikuasai sindiket penipuan warga China.

Jelasnya lagi, setiap mangsa ditipu menyertai platform e-dagang seperti Shopee dengan perlu membayar caj dari AS$3,000 hingga AS$10,000 (kira-kira RM13,400 hingga RM44,700).

“Setiap hari kami dipaksa kerja dari pukul 3 petang hingga 4 pagi dengan rehat satu jam tetapi gaji pula tiada dan kadang-kadang diberi makanan tidak halal di kantin,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ada lagi 11 mangsa sudah diselamatkan MHO dari kumpulan sindiket berkenaan dan akan dibawa pulang secara berperingkat dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya