3.1 bilion panggilan penipuan dalam talian berjaya disekat.

3.1 bilion panggilan penipuan dalam talian berjaya disekat

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menyekat lebih 3.1 bilion panggilan penipuan dalam talian tahun lalu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil  berkata, SKMM juga memproses hampir 12,000 aduan sekali gus ia satu pencapaian penting dan menunjukkan komitmen Malaysia dalam menangani ancaman siber dan memupuk persekitaran digital yang lebih selamat.

Katanya, usaha itu juga dapat mengimbangi kemajuan teknologi dengan peraturan yang kukuh bagi memastikan pertumbuhan teknologi mampan dapat diteruskan.

“Walaupun teknologi memacu kemajuan, namun ia perlu disokong oleh peraturan yang melindungi pengguna dan menggalakkan inovasi.

“Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia berhasrat memimpin pembangunan dasar serantau yang memberi tumpuan kepada keselamatan siber dan akses teknologi yang saksama bagi memastikan rantau ini kekal berdaya saing di peringkat global,” katanya dalam ucapan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025 (IRC 2025), di sini hari ini.

Fahmi dalam masa yang sama berkata, berdasarkan Laporan Scam 2024, rakyat Malaysia telah kehilangan sebanyak AS$12.8 bilion (RM54 bilion) akibat penipuan dalam talian dalam tempoh setahun.

Jelas Fahmi, jumlah berkenaan mewakili tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini. 

Beliau menyeru pihak berkepentingan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam membentuk rangka kerja peraturan yang mengimbangi inovasi dengan perlindungan pengguna.

“Kita mesti secara bersama-sama menangani kerumitan era digital untuk mewujudkan masa depan yang lebih terhubung, selamat, dan inklusif,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan komited untuk memperkukuhkan perlindungan pengguna melalui peraturan ketat yang dapat memastikan keselamatan data mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya