25 pendatang asing ditahan JIM Terengganu 

25 pendatang asing ditahan JIM Terengganu 

PEGAWAI penguatkuasa Imigresen Terengganu memeriksa dokumen pengenalan pendatang asing  dalam serbuan di Besut, Terengganu. - IHSAN JIM TERENGGANU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu melalui Op, Sapu di Besut, dekat sini awal pagi semalam.

Pengarah JIM Terengganu, Mohd. Yusri Mohd. Nor berkata, tangkapan itu dilakukan hasil pemeriksaan terhadap 127 pendatang asing yang dilakukan di tapak pembinaan di Kampung Gong Penaga, Bukit Puteri.

“Kesemua 25 PATI termasuk seorang wanita ditahan atas kesalahan berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi masa ditetapkan.

“PATI yang diberkas terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, lima lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Myanmar, empat (Pakistan) dan seorang lelaki warga India,” katanya hari ini.

Beliau berkata, semua PATI ditahan mengikut Seksyen 6 (1), (c) Akta Imigresen 1959/63 dan mereka dihantar ke depot tahanan Ajil, Kuala Berang untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya