25 kematian akibat lemas di Terengganu

25 kematian akibat lemas di Terengganu

NOR Mahathir Muhamad (dua, kiri) memeriksa perbarisan semasa Majlis Perbarisan Tahunan Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2025 di Kuala Terengganu, Terengganu. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 25 kematian akibat lemas direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Nor Mahathir Muhamad berkata, kes lemas tersebut berlaku di beberapa kawasan riadah seperti sungai, pantai dan air terjun.

“Pada tahun lalu, kita terima sebanyak 26 kes yang mengorbankan 25 nyawa namun 22 orang dapat diselamatkan.

“Kebanyakan kes lemas tersebut berlaku ketika mangsa sedang bermandi0manda dan memancing di lokasi,” katanya selepas Majlis Perbarisan Tahunan Peringkat JBPM Negeri Terengganu Tahun 2025 di sini, hari ini.

Katanya, JBPM Terengganu masih membuat pemantauan dan penilaian risiko di lokasi tumpuan ramai ketika cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina memandangkan Monsun Timur Laut (MTL) belum berakhir.

“Malam ini juga, dijangka berlaku fenomena air pasang besar dan kita memantau kawasan berhampiran muara agar orang ramai tidak berada di kawasan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya