230,000 usahawan wanita sumbang ekonomi negara

230,000 usahawan wanita penyumbang ekonomi negara

NOOR Afifah Abdul Razak (kanan) bersama penerima Anugerah Usahawan Terbaik, Wan Shamsiah Wan  Mohd. Noor  (berkerusi roda) pada Pelancaran Program Mentoring dan Konvokesyen Keusahawan Wanita Digital di Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hampir 230,000 wanita di negara ini menyumbang kepada ekonomi negara dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sehingga tahun lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Noor Afifah Abdul Razak berkata, antara bentuk yang disumbangkan khususnya dalam bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.

Katanya, kerajaan komited untuk terus meningkatkan prestasi sumbangan wanita dalam bidang berkenaan yang juga sebagai tulang belakang ekonomi negara.  

“PMKS yang merangkumi sebanyak 1.1 juta perusahaan atau 96.9 peratus daripada keseluruhan perniagaan negara pada 2023 telah mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak lima peratus yang mengatasi pertumbuhan KDNK keseluruhan sebanyak 3.6 peratus.

“Prestasi itu memperlihat sumbangan PMKS kepada ekonomi negara meningkat kepada RM613.1 billion pada tahun lalu atau 39.1 peratus sumbangan kepada KDNK dan merekodkan nilai dagangan eksport sebanyak RM152.2 billion atau 12.2 peratus. 

“Selain itu, PMKS mewakili 48.5 peratus daripada landskap pekerjaan Malaysia, melibatkan tenaga kerja seramai 7.86 juta individu,” katanya pada Pelancaran Program Mentoring dan Konvokesyen Keusahawanan Wanita Digital di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya