2025 tahun angkat martabat ekonomi Malaysia

2025 tahun angkat martabat ekonomi Malaysia

ANWAR ketika berucap di Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025, di sini, hari ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak boleh berlengah lagi dengan membincangkan isu remah yang hanya melemahkan dan mengancam kestabilan negara kerana 2025 merupakan tahun mencabar bagi ekonomi negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak termasuk swasta dan perkhidmatan awam meningkatkan usaha seperti menjalinkan kerjasama serantau, fokus dalam bidang masing-masing untuk membawa kebaikan dan perubahan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Bagi mencapai hasrat itu, beliau berkata, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam menerokai dan merungkai bidang baharu seperti rantaian blok (blockchain).

“Sebab itu forum ekonomi seperti ini memberi ruang kepada kita seperti yang saya sering tekankan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (untuk) mengingatkan jentera kita supaya fokus mencari helah dan jalan bagi mengangkat kekuatan ekonomi.

“Saya ada sebut hal-hal yang agak baharu untuk diterokai kerana kalau kita ketinggalan, walaupun semi konduktor di Pulau Pinang sudah agak lama tetapi kalau tidak sedia meneroka bidang baharu kita akan ketinggalan.

“Kita juga harus membina kekuatan menyeluruh supaya dapat mengangkat (martabat ekonomi dan negara) kita,” katanya dalam ucapan pada Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025, di sini, hari ini.

Turut hadir pada forum itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri berkata, pada tahun ini, Malaysia berhasrat untuk memperkukuhkan kedudukan geografi negara sebagai laluan utama bagi elektrik, bakat dan kepelbagaian rantaian bekalan.

“Pada masa sama, kami ingin memperhalusi kepakaran dalam bidang minyak dan gas, semikonduktor dan kewangan Islam supaya dapat menjadi peneraju pasaran global dalam sektor tersebut.

“Dasar berkecuali dan keterbukaan kami terhadap kerjasama menjadikan Malaysia hab terbaik untuk semua,” katanya.

Tambah Anwar lagi, sebagai Pengerusi Asean 2025, Malaysia tidak akan meminggirkan negara jiran lain dalam meningkatkan taraf ekonomi masing-masing, sebaliknya akan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan isu-isu rumit termasuk pergolakan di Myanmar.

“Prasyarat utama mengangkat kekuatan ekonomi adalah keamanan, kestabilan politik, dasar jelas… dasar ekonomi yang dapat memacu kekuatan melalui penglibat sektor swasta dan kecekapan sektor awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya