200 anjing liar dikembiri, kawal populasi

200 anjing liar dikembiri, kawal populasi

SEORANG doktor melakukan pembedahan kembiri ke atas seekor anjing liar sempena Program Kembiri Anjing Liar MBJB Bersama Social Hero Foundation & Vet Partners Malaysia di Dewan Raya Taman Perling, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 200 anjing liar yang ditangkap di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dikembiri, hari ini dan esok.

Pengarah Kesihatan MBJB, Dr. Aslinda Salikin berkata, semua haiwan itu ditangkap di beberapa kawasan perumahan dan perindustrian susulan aduan awam yang diterima menerusi pelbagai platform sama ada dalam media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Katanya, anjing tersebut turut diberikan ubat kutu serta vaksin rabies sebelum diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat bagi tujuan penjagaan.

“Pihaknya turut menerima tajaan berjumlah RM142,000 daripada pihak swasta bagi menyokong program itu, berupa makanan, ubat kutu serta vaksin yang diperlukan.

“MBJB bersama SHF dan Vet Partners Malaysia akan melaksanakan empat siri Program Kembiri Anjing Liar pada tahun ini dengan sasaran keseluruhan sebanyak 1,000 ekor anjing liar dikembiri.

“Diharapkan kerjasama ini dapat membantu MBJB bagi mengurus dan mengawal populasi anjing liar di kawasan MBJB secara lebih efisien, berperikemanusiaan dan lestari,” katanya ketika ditemui di Dewan Raya Taman Perling, di sini hari ini yang turut dihadiri Koordinator Program SHF, Delaney Rodriguez.

Katanya, program kembiri kali kedua itu mendapat kerjasama daripada pihak Social Hero Foundation (SHF) dan Vet Partners Malaysia.

“Diharapkan kerjasama ini dapat membantu MBJB bagi mengurus dan mengawal populasi anjing liar di kawasan MBJB secara lebih efisien, berperikemanusiaan dan lestari,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya