18,612 calon duduki SPM di Terengganu

18,612 calon duduki SPM di Terengganu,  513 orang risiko terjejas jika banjir

CALON-CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengaminkan doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan pada hari pertama peperiksaan bertulis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 18,612 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mula menduduki ujian bertulis kertas Bahasa Melayu di Terengganu hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri (JPNT), Jelani Sulong berkata, daripada jumlah itu, seramai 108 orang ialah calon berkeperluan khas (CBK), enam di hospital, dua calon integriti (calon di Jabatan Penjara) dan seorang calon di Tunas Bakti.

“Seramai 5,436 pengawas peperiksaan bertugas sepanjang SPM bermula hari ini hingga 6 Februari depan di 172 pusat di seluruh negeri Terengganu. Kita juga bersyukur kerana setakat ini tiada pusat pemeriksaan ditutup akibat banjir,” katanya ketika ditemui  selepas meninjau persiapan calon SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 513 calon SPM di negeri ini berisiko terjejas sekiranya banjir berlaku dalam tempoh peperiksaan tersebut.

Katanya, mereka adalah adalah pelajar di sekolah yang berisiko banjir atau laluan ke sekolah berisiko ditenggelami air di tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman.

“Namun, JPNT akan mengaktifkan Op Payung untuk memastikan tiada calon tercicir daripada menduduki SPM 2024 walaupun banjir berlaku dalam tempoh tersebut,” katanya.

Beliau berkata, semua calon yang dikenal pasti berisiko terjejas banjir juga telah dimaklumkan mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya bencana itu berlaku.

“Kita juga bekerjasama dengan semua agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pejabat Daerah untuk memastikan Ops Payung berjalan lancar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya