PETALING JAYA: Polis setakat ini menerima sebanyak 182 laporan polis membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung isu buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, setakat ini, seramai 59 individu rakaman percakapan bagi membantu siasatan.
“Sebanyak 182 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung isu berkenaan.
“Setakat ini, keterangan beliau (Hannah) masih belum diambil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku terbitan Hannah yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.
Pada 23 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah difailkan terhadap Musa berhubung kenyataan dibuat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasaan dalam satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM), empat tahun lalu.
Saman berkenaan yang difailkan pada 3 Julai 2020 mendakwa Musa dengan niat jahat membuat kenyataan tidak benar terhadap Yeoh pada forum ‘Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?’.- UTUSAN