17 bas ekspres dilarang berada di atas jalan raya

17 bas ekspres dilarang berada di atas jalan raya

HAMEES Mytheen Kunju Basheer berbual dengan penumpang bas ekspres pada Operasi Pemeriksaan Bas sempena Tahun Baru Cina di Terminal Melaka Sentral. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 17 buah bas ekspres daripada sembilan syarikat dilarang berada di atas jalan raya selepas didapati tidak mencapai standard keselamatan piawaian yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Insfastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kesemua bas terbabit didapati memiliki sebanyak 24 kes teknikal yang boleh membahayakan penumpang.

Katanya, sebanyak 13 kes berkaitan dengan tayar adalah yang tertinggi direkodkan sepanjang pemeriksaan yang dijalankan di lima depoh dari 13 hingga 20 Januari lalu.

“Bagaimanapun, bas terbabit akan dibenarkan beroperasi semula selepas mereka lulus piawaian yang ditetapkan JPJ.

“Buat masa ini bas yang terlibat tidak dibenarkan berada di atas jalan raya sempena cuti Tahun Baru Cina.

“Jika ada masalah tayar mereka perlu menukar tayar ikut piawaian yang ditetapkan begitu juga jika ada masalah brek mereka perlu baiki brek tersebut kerana ini adalah antara kesalahan teknikal,” ujarnya selepas Operasi Pemeriksaan Bas sempena Tahun Baru Cina di Terminal Melaka Sentral di sini semalam.

Hameed Mytheen berkata, walaupun pemeriksaan bas telah dijalankan di lima depoh namun JPJ akan memeriksa semula bas berkenaan di semua terminal bagi memastikan syarikat bas mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Yang masuk ke Terminal Melaka Sentral kita akan periksa semula bimbang jika ada penipuan tayar bila di depoh guna tayar lain bila sampai di sini guna tayar lain,” ujarnya.

Beliau berkata, lebih 200 bas ekspres yang beroperasi sepanjang musim perayaan kkaliini telah menjalani pemeriksaan ketat di lima depoh yang ditetapkan.

Menurutnya, seorang pemandu bas berusia dalam lingkungan 30-an didapati positif dadah jenis methamphetamine pada Khamis dan individu terbabit telah dikenakan larangan daripada memandu serta ditahan untuk tindakan lanjut oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya