16 penduduk pindah ombak besar di Kemaman

16 penduduk pindah ombak besar di Kemaman

ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memantau situasi ombak besar di pesisir Kampung Geliga Pantai, Kemaman, Terengganu. - IHSAN JPAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 16 penduduk dari lima keluarga di Kampung Geliga Pantai, Kemaman, dekat sini  dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 9 malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, semua penduduk itu dipindahkan kerana ombak besar yang berlaku di pesisir pantai tersebut.

“Jarak rumah penduduk terlalu dekat dengan pantai dan berisiko runtuh akibat hakisan. Penduduk berpindah sendiri ke PPS Balairaya Kampung Geliga Pantai,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya