153 graduan INSTEP tamat latihan prapekerjaan

153 graduan INSTEP tamat latihan prapekerjaan

MUHAMMAD Adlan Hidayat Mohd. Sabri (kanan) dan Muhammad Arif Rusydi Mezah selepas tamat latihan TEP di INSTEP di Kuala Nerus, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 153 graduan menamatkan latihan prapekerjaan dalam Program Pemerkasaan Tenaga Teknikal (TEP) di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) di sini, semalam

Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP, Mohamad Nasir berkata, graduan terlibat menerima sijil TEP setelah mengikuti latihan tersebut selama 10 bulan.

Katanya, seramai 129 orang daripada graduan tersebut ditaja oleh Unit Operasi Petronas dan 24 orang lagi merupakan dibiayai oleh Sarawak Shell Bhd. (SSB).

“Program tersebut menggabungkan pendekatan latihan yang komprehensif dengan pembelajaran gabungan, teknikal temu bual kecekapan, lawatan kilang dan bengkel teknikal lanjutan,” katanya ketika ber­ucap pada Majlis Penutup Program Peningkatan Tenaga Teknikal di INSTEP di sini, semalam.

Mohamad berkata, graduan juga memperoleh pensijilan teknikal seperti Keselamatan Bekerja di Tempat Terkurung (AESP) serta Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan Dalam Ruang Terkurung (AGTES)

Sementara itu, seorang gra­duan, Muhammad Adlan Hida­yat Mohd. Sabri, 25, dari Cheneh Baru, Kemaman berkata, dia bersyukur kerana mendapat pekerjaan tetap selepas menamatkan latihan TEP.

“Saya masih gagal mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan pengajian di pe­ringkat diploma dalam bidang kejuruteraan di Universiti Kuala Lumpur pada 2021 kerana keadaan ekonomi tidak menentu selepas pandemik Covid-19.

“Namun penantian saya berakhir selepas saya ditawarkan bekerja di Petronas bermula 16 Januari ini, hasil mengikuti latihan tersebut,” katanya.

Seorang lagi graduan, Muhammad Arif Rusydi Mezah, 23, dari Kampung Tepoh, Kuala Nerus berkata, program tersebut memberi peluang kepada pelajar daripada golongan B40 mendapatkan peluang kerja le­bih baik demi masa depan yang cerah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya