14 PATI Myanmar gagal menyeludup masuk 

14 PATI Myanmar gagal menyeludup masuk 

ERWAN Shah Soahdi (depan, tengah) menyoal siasat warga asing Myanmar yang ditahan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kelantan, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Taktik menyeludup 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan bot pancing dari jenis fiber gagal selepas kegiatan itu dibongkar Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Isnin lalu.

Kesemua PATI warganegara Myanmar itu ditahan pada pukul 11.40 malam semasa serbuan di Kuala Sungai Kuala Besar, Kota Bharu dekat sini.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, bertindak atas maklumat risikan, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi dan mengesan sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, menyedari kehadiran anggota Maritim Malaysia, pemandu bot tersebut melarikan diri namun dapat ditahan kira-kira 40 minit kemudian.

“Pemeriksaan ke atas bot itu  menjumpai 14 PATI warganegara Myanmar yang terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita. Kesemua PATI yang ditahan itu masing-masing berusia dalam lingkungan 18 tahun hingga 30 tahun serta seorang kanak-kanak berusia hampir dua tahun,” katanya dalam sidang akhbar Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kelantan, Tok Bali, di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya