13 pelajar sekolah Indonesia timba pengalaman ADTEC Kulim

13 pelajar sekolah Indonesia timba pengalaman ADTEC Kulim

PELAJAR SK Mahang mengadakan persembahan tarian kebudayaan Malaysia pada majlis penutupan di ADTEC Kulim. – UTUSAN/ AZAHAR HASHIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, adat resam dan tradisi yang unik sehingga memberi peluang kepada pelajar antarabangsa.

Meskipun memiliki banyak persamaan dengan Indonesia dari segi bahasa dan agama, 13 pelajar Sekolah Menengah Perguruan Muhammadiyah Ahmad Dahlan (SMP Mahad) Aek Kanopan di Sumatera Tengah teruja menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka. Kesemua mereka merupakan keseluruhan 16 delegasi sekolah itu yang menyertai program Nurturing Asean Malaysia-Indonesia Partnership di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim, baru-baru ini.

Bagi Muammar Kadafi Kurniawan, 15, yang menyertai program tersebut seronok menyertai aktiviti yang dijalankan. Pengetua Sekolah SMK Mahang, Ruzana Md. Noor berkata, program anjuran pihaknya bersama ADTEC Kulim dan Sekolah Kebangsaan (SK) Mahang yang bermula sejak 2023 melalui Pertandingan Menulis Surat Sahabat Pena Peringkat Antarabangsa Mahang.

“Pada tahun lepas pertandingan kali kedua telah menemukan SMK Mahang dan SMP Mahad yang mana ia bukan satu pertandingan semata-mata malahan berjaya membina hubungan di antara peserta dan sekolah terlibat.

“Pada mulanya hubungan ini kita hanya berhubung secara dalam talian dan keakraban itu sudah terasa sehingga tercetusnya program ini,” katanya.
Majlis penutup program itu dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kulim, Abdul Rashid Abdul Rahman yang turut dihadiri Pengarah ADTEC Kulim, Norliza Yaakub dan Pengetua SMP MAHAD, H. IIyas Harahap.

Ruzana berkata, pihaknya berterima kasih kepada SMP MAHAD kerana memilih SMK Mahang untuk dilawati ketika berada di negara ini kerana kehadiran delegasi sekolah itu memberi makna besar serta mengukuhkan hubungan persaudaraan dan kebudayaan kedua-dua negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN