13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan disyaki rasuah

13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan disyaki rasuah

sprm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 13 lagi pegawai pemeriksa kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 20 dan 40-an itu telah ditahan antara pukul 1 hingga 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM150 hingga RM1,500 sebulan secara tunai daripada runner sebagai balasan membantu meluluskan pemeriksaan kenderaan di mana mereka bertugas.

“Penahanan kesemua suspek adalah susulan tangkapan enam pegawai pemeriksa kenderaan pada Isnin lalu dan juga hasil soal siasat yang dijalankan oleh SPRM ke atas seorang ejen yang diserahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini,” katanya.

Sehingga hari ni SPRM telah menahan 22 suspek termasuk 19 pegawai pemeriksa kenderaan, seorang ejen dan dua orang runner.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi  mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun tambah beliau, kesemua 13 pegawai pemeriksa kenderaan yang ditahan semalam dan hari ini akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN