1,200 pelajar terima bantuan pembelajaran Malaysia Airports

1,200 pelajar terima bantuan pembelajaran

PELAJAR yang menerima bantuan MyAirport Cares yang diadakan di Seremban baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 1,200 pelajar sekolah termasuk pelajar pendidikan khas daripada 20 buah sekolah menerima sumbangan alat bantuan pembelajaran yang keseluruhannya berjumlah RM125,000 di bawah inisiatif tanggungjawab korporat (CR) Malaysia Airports, MyAirportcares. Majlis penyerahan sumbangan diadakan di salah sebuah sekolah terlibat.

Seramai 63 pelajar daripada Sekolah Kebangsan Labu Ulu, Batu 8, Seremban hadir untuk menerima sumbangan alat bantuan pembelajaran seperti buku latihan, buku cerita dan set alat tulis semalam.

Menurut Pengerusi Malaysia Airports, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, pihaknya komited membantu masyarakat sekitar dalam pelbagai aspek dan telah menganjurkan pelbagai program untuk merealisasikan matlamat ini. Bantuan pembelajaran merupakan salah satu daripada MyAirportCares bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka. “Kami

berpendapat pendidikan merupakan pelaburan yang sangat penting demi pembangunan sesebuah negara,” ujarnya.

Sebanyak 10 sekolah terlibat merupakan sekolah yang pernah menyertai program sekolah angkat Beyond Borders Malaysia Airports dari tahun 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya