12 motosikal musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

12 motosikal musnah dalam kebakaran

KEADAAN motosikal yang musnah dalam kebakaran di kawasan garaj sebuah rumah di Layang-Layang Kiri di Parit hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Sebanyak 12 motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan garaj sebuah rumah di Jalan Kampung Tanjung Medan, Layang-Layang Kiri di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kebakaran tersebut pada pukul 3.39 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit segera diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman kebakaran.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati beberapa jenis motosikal telah terbakar. Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan struktur mahupun kecederaan mangsa.

“Ketua Operasi kemudian melaksanakan ‘size up’ seterusnya mengarahkan anggota untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kebakaran sehingga benar-benar pasti kebakaran semula,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.10 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.52 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kebakaran ini masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya