11,220 kilogram ayam sejuk beku dilucut hak kepada Jabatan Penjara

11,220 kilogram ayam sejuk beku jadi makanan ikan keli

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyerahkan sejumlah 11,229 kilogram ayam sejuk beku dilucut hak kepada Jabatan Penjara. - IHSAN MAQIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Kelantan menyerahkan sejumlah 935 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 11,220 kilogram  yang dilucut hak kepada Jabatan Penjara Malaysia (JPM) pada 30 Disember lalu.

Pengarahnya, Syed Fuad Syed Putra berkata, keratan ayam sejuk beku yang bernilai RM6,620 itu diserahkan kepada Penjara Machang dan Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan,  Penjara Marang, Kuala Terengganu dan Penjara Penor, Pahang.

 Katanya, bahan mentah tersebut jadikan sebagai makanan ternakan ikan keli di bawah Program Rehabilitasi Banduan di penjara berkenaan.

“Bahan mentah ini adalah hasil sitaan pengimportan hasilan haiwan yang dilucut hak kerana tidak mematuhi aspek perundangan. Ia selaras dengan Seksyen 11(1) dan Seksyen 13 di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya