KUALA LUMPUR: Penyanyi, Syamel dikejarkan ke hospital kerana mengalami retak tulang selangka ketika bermain futsal semalam.
Syamel, yang berkongsi perkara itu di Instagram, bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan lebih serius.
“Retak tulang selangka. Nasib tidak menyebelahi ketika perlawanan futsal semalam.
“Nasib baik stabil tak patah dua,” tulisnya di Instastory.
Syamel pada masa yang sama berkongsi nasihat agar perkara buruk itu tidak menimpa orang lain.
“Nasihat saya kepada kawan-kawan yang main sukan secara hobi dan bukan olimpik, kita main sekadar keluar peluh.
“Pesanan buat diri sendiri juga,” kongsinya.