10,000 orang dijangka kunjungi Tokong Swee Nyet Keung

10,000 orang dijangka kunjungi Tokong Swee Nyet Keung

ORANG ramai mengunjungi Tokong Swee Nyet Keung untuk melakukan ritual keagamaan di Kampung Pulai, Gua Musang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Dianggarkan lebih 10,000 orang akan mengunjungi tokong tertua berusia hampir 600 tahun di Kampung Pulai di sini, sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Penghulu Mukim Pulai, Foo Mei Lin berkata, setiap tahun Tokong Swee Nyet Keung meriah dengan kehadiran penganut Buddha termasuk pengunjung dari luar negara yang melakukan upacara keagamaan dan bergambar kenangan di kawasan tokong berkenaan.

Katanya, pada hari pertama sambutan, pengunjung mula hadir ke tokong itu sejak awal pagi ini untuk melakukan ritual keagamaan, memohon hajat sebelum menziarahi ahli keluarga dan menghadiri majlis rumah terbuka.

“Pada hari ini juga ‘Dewa Rezeki’ telah menunggu di pintu tokong untuk memberi serta mengagihkan duit raya dalam sampul merah kepada pengunjung yang datang ke tokong ini. Malam tadi juga pelbagai aktiviti telah diadakan di tokong ini termasuklah nyalaan mercun,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, MF Phang, 45, berkata, Tahun Baharu Cina tahun ini disambut meriah bersama ahli keluarga.

Katanya, dia yang tinggal di Johor Bahru pulang sejak dua hari lalu untuk beraya bersama ahli keluarga di Gua Musang.

“Saya tiba kelmarin kerana ingin mengelak kesesakan lalu lintas. Keadaan cuaca cerah menyebabkan saya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke tokong ini untuk berdoa bersama ahli keluarga lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya