200 turun padang sertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah

200 turun padang sertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah

ORANG ramai berkumpul semasa Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang berlangsung di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dianggarkan hampir 200 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dari seluruh negara menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang berlangsung hari ini.

Perhimpunan tersebut yang dijalankan di pekarangan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara itu diadakan dengan tujuan bagi menuntut keadilan dan menolak kezaliman.

Menurut wakil mahasiswa, Tobby Qi Sean, 21, notis mengenai himpunan tersebut telah dihantar kepada pihak polis pada 15 Januari lalu.

Namun, pihaknya telah dipanggil semula oleh pihak polis pada 17 Januari atas alasan permohonan yang diberikan tidak lengkap.

“Kami menganggap ini satu perkara yang tidak munasabah kerana ini tempat awam. 

“Jika pembangkang dulu boleh buat benda sama, saya tidak faham mengapa kami tidak boleh buat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya