1,000 golongan kurang berkemampuan terima sumbangan I

1,000 golongan kurang berkemampuan terima sumbangan Ihsan Madani

SEBAHAGIAN penerima sumbangan Ihsan Madani di Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan Kompleks Rakan Muda Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kira-kira 1,000 penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan di negeri ini menerima sumbangan Ihsan Madani hari ini.

Sumbangan sebanyak RM120,000 wang tunai dan barangan dapur itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azman berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban rakyat dalam menangani kos sara hidup.

“Program ini merupakan sebahagian daripada program jelajah kami yang mana sebelum ini kami ke  Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Terengganu adaah negeri keempat dan Insya-Allah esok kita ke Kelantan untuk program  sama,” katanya selepas menyampaikan sumbangan itu di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman dan  Kompleks Rakan Muda Kemaman, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya