100 murid kurang bernasib baik terima sumbangan EPIC - Utusan Malaysia

100 murid kurang bernasib baik terima sumbangan EPIC

MUHTAR Suhaili (kiri) bersama salah seorang daripada 100 murid kurang berkemampuan yang menerima sumbangan CSR Epic Bhd. Kembali Ke Sekolah 2025 di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) hari ini mengagihkan RM20,000 baucar pembelian barangan sekolah untuk 100 murid kurang bernasib baik dari kawasan parlimen Kuala Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Dr. Muhtar Suhaili berkata, program hari ini adalah edisi pertama program Kembali Ke Sekolah 2025 bersama syarikat itu.

Katanya, ia adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk membantu golongan keluarga kurang berkemampuan menyediakan peralatan sekolah untuk anak mereka bagi sesi penggal baharu Februari depan.

“Penganjuran program pada tahun ini akan melibatkan lebih ramai penerima iaitu 300 murid berbanding hanya 100 murid tahun lalu.

“Murid yang terpilih tahun ini adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Ladang, Wakaf Mempelam, Batu Buruk, Kijal dan Jabi,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Amzad berkata, inisiatif tersebut sangat positif dalam memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam memperoleh peluang pendidikan sepatutnya.

“Manfaatkan semua bantuan yang diberi untuk fokus kepada pelajaran agar dapat menikmati masa depan yang lebih baik apabila dewasa nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya