100 jam penerbangan Bomba bawa pesakit

100 jam penerbangan Bomba bawa pesakit

UNIT Udara JBPM bersedia melakukan penerbangan Medevac bagi membantu membawa pesakit ke hospital. -UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melaksanakan sebanyak 100 jam penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membantu membawa pesakit menerima rawatan di hospital sepanjang tahun lalu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bahagian Udara, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Mohd. Ruzaidi Ramlee berkata, operasi penerbangan itu membabitkan tiga pangkalan udara yang berpusat di Pangkalan Wilayah Tengah, Subang, Selangor, Pangkalan Wilayah Utara, Bertam, Pulau Pinang dan Pangkalan Wilayah Sarawak di Miri, Sarawak.

“Secara keseluruhannya sebanyak 56 penerbangan untuk operasi Medevac tahun lalu. Daripada jumlah ini, sebanyak 36 penerbangan membabitkan kawasan Gua Musang untuk mengambil pesakit Orang Asli yang tidak dapat keluar menggunakan jalan darat.

“Operasi penerbangan di daerah Gua Musang paling banyak kerana disebabkan terdapat 20 perkampungan dan pos Orang Asli di kawasan pedalaman. Selebihnya operasi Medevac turut dilakukan di Langkawi, Kedah dan pedalaman Miri,” katanya di sini, semalam.

Mohd. Ruzaidi berkata, bentuk muka bumi di daerah Gua Musang yang kebanyakan berketinggian bukit hampir 1,000 meter memberi cabaran kepada anggota dalam melakukan operasi Medevac.

Katanya, Unit Udara JBPM turut melakukan operasi kebombaan seperti pemadaman kebakaran hutan, kerja penyelamatan mencari dan menyelamat (SAR), khidmat khas logistik dan tinjauan udara serta latihan payung terjun.

“Pada minggu lalu kita melakukan operasi menghantar bakul makan kepada lebih 1,000 keluarga Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan musim tengkujuh.

“Kami juga melakukan operasi mengambil mayat pendaki yang meninggal ketika mendaki gunung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya