ISKANDAR PUTERI: Kedatangan tahun baharu 2025 memberi makna istimewa bagi 10 pasangan yang menyambut kelahiran cahaya mata mereka di Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri, di sini semalam. Pegawai Bank, Nur Fatin Adam, 33, dan suaminya, Muhammad Nazirul Md. Yusof, 33, menjadi pasangan pertama menyambut bayi pada tahun ini di hospital berkenaan pada pukul 3.03 pagi. “Alhamdulillah syukur, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.04 kilogram (kg) yang dilahirkan pada 1 Januari. Kami bersyukur dengan kelahiran ini dan bertuah kerana dapat meraikan ulang tahun kelahirannya pada tarikh istimewa setiap tahun,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya