10 lelaki dicekup proses sisa elektronik haram

10 lelaki dicekup proses sisa elektronik haram

PENGUAT KUASA JAS ketika melakukan serbuan di sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti memproses sisa elektronik secara haram di Kawasan Perindustrian Ladang Sungai Puluh, Klang, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lapan lelaki warga asing antara 10 individu yang diberkas selepas disyaki terlibat dalam aktiviti memproses sisa elektronik secara haram di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Ladang Sungai Puluh di sini, semalam.

Kesemua suspek berusia 30 hingga 53 tahun itu ditahan dalam serbuan dijalankan Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pegawai Pemerintah batalion itu, Superintenden Jafri Muhamad berkata, pemeriksaan lanjut menerusi operasi bersepadu berkenaan menemukan sejumlah bahan buangan di premis tersebut.

Jelas beliau, semua barangan itu dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di dalam jadual Pertama,Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekelling (Buangan Terjadual) 2005.

“Selain pebagai jenis tembaga seberat 280 tan, kita merampas 60 tan aluminium, dua mesin pemotong kabel, tujuh mesin pengisar, enam forklift dan tiga kontena yang dianggarkan bernilai RM18,722,400.

“Rampasan turut melibatkan sepucuk pistol angin tiruan semi auto dan sejumlah anak kelongsong peluru pelbagai saiz,” katanya hari ini.

Tambah Jafri, 10 individu yang ditahan terdiri daripada enam lelaki warga China dan Myanmar dan masing-masing dua lelaki tempatan serta Bangladesh.

“Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada JAS atas kesalahan premis beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

 “Kes antaranya disiasat mengikut Seksyen 34A, Kebenaran Bertulis Seksyen 19, Lesen Seksyen 18 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya