Zahid ucap tahniah pesilat negara menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia - Utusan Malaysia

Zahid ucap tahniah pesilat negara menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pesilat negara V. Thamaraj yang menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 bagi kategori bebas putera di Abu Dhabi , Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Thamaraj mencipta sejarah tersendiri dengan menewaskan pesilat Uzbekistan Khudoyberdiev Diyobek untuk membawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.

Ahmad Zahid dalam masa yang sama turut berbangga dengan pencapaian skuad silat negara dalam kejohanan dunia berkenaan apabila membawa enam pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh pasukan silat negara atas dedikasi dan pencapaian hebat ini. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kemenangan yang mengharumkan nama Malaysia di masa akan datang.Insya Allah,” katanya menerusi hantara di Facebooknya hari ini.

Ahmad Zahid turut merakam penghargaan kepada Presiden Persatuan Seni Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang turut bersama-sama memainkan peranan dalam kejayaan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya