Masih muda dan barangkali ada yang beranggapan dirinya masih mentah dalam dunia seni hiburan.
Namun apa yang boleh dikagumi, dalam mentahnya pengalaman Harissa Adlynn, siapa sangka, di tangga usia 21 tahun, pelakon yang memiliki wajah iras anggota kumpulan De Fam, Azira Sya naz ini sudah mampu tercalon sebagai Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-33 yang bakal berlangsung bulan ini. Itu sekali gus membuktikan, bakat Harissa bukan picisan.
Itu juga bermakna, industri seni kita melihat ada sesuatu dalam diri wanita muda ini yang mampu menjadikannya sebagai antara pelapis pelakon generasi baharu yang berupaya memikul tanggungjawab sebagai anak seni yang berisi kualiti, bukan cuma berkeinginan mengejar populariti.
Terharu menerima pujian, Harissa dalam santun kata menyebut, dirinya sendiri tidak menyangka langkahnya dalam tiga tahun kebelakangan ini berbuah manis meskipun mengakui masih banyak perlu dipelajari.
Bahkan, meski sekadar baru mendapat pencalonan, ia sudah cukup membuatkan dirinya tersenyum bangga dan mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.
“Saya percaya ini adalah salah satu langkah untuk saya menjadi lebih baik dalam bidang lakonan.
“Saya tercalon pun menerusi lem pertama saya jadi saya tidak letakkan apa-apa harapan. Kalau saya menang, Alhamdulillah tapi jika tidak saya tak kecewa sebaliknya saya tumpang gembira dengan kemenangan pelakon lain.
“Mereka yang tercalon, pelakon yang sangat bagus dan lem mereka pun sangat hebat. Bohong kalau saya tak rasa gementar sebab realitinya, saya sedang bersaing dengan mereka yang sangat hebat dan kagu mi,”katanya.
Pada masa sama, Harissa mengakui, rezeki pencalonan ini menguatkan lagi azamnya untuk terus memberikan persembahan yang baik dalam setiap tugas lakon yang diberikan.
“Saya mahu jadikan ini sebagai pemangkin untuk diri bergerak lebih maju dalam kerjaya seni. Saya mahu memberikan yang terbaik menerusi bakat seni dalam diri ini,”katanya.
KOMUNIKASI KUNCI UTAMA
DALAM pada itu, pelakon drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu dan Iskandar Chempaka ini juga yakin, komunikasi yang baik adalah kunci utama dalam memperbaiki situasi ini.
Baginya, jika benar wujud isu buli itu dalam kalangan pelakon baharu, individu yang mendakwa menjadi mangsa itu harus berani bangkit mempertahankan diri dengan melaporkannya kepada pihak bertanggungjawab.
“Saya faham dan kita juga tidak boleh mena kan perasaan mereka yang mendakwa diri adalah mangsa. Tetapi, jika benar wujud kejadian buli, kita sendiri yang kena pertahankan diri. Kalau awak berdiam diri dan bercerita dengan pihak luar, adakah perkara itu dapat diselesaikan?
“Ia akan terus berlaku pada diri awak. Kalau nak kongsikan pun, jangan tuduh semua pelakon lama begitu sebab ia dapat beri gambaran buruk kepada semua pelakon lama sedangkan mungkin tidak semua begitu.
“Macam saya kata, ramai sahaja pelakon senior yang pernah saya bekerjasama, baik-baik sikap mereka, malah banyak membantu saya sebagai orang baharu. Apa yang paling utama, kita kena hormatilah orang yang lebih berpengalaman.
“Kita kena letakkan noktah pada sengketa tidak bermanfaat macam ini demi industri seni yang lebih maju,”katanya.
PERIHAL BULI
LANJUT berbicara mengenai perihal dunia seni, Pancaindera membawa Harissa kepada isu buli yang menjadi topik hangat dalam dunia hiburan tanah air sejak kebelakangan ini.
Kononnya, ‘perang tak terlihat’ ini wujud disebabkan adanya segelintir artis senior yang ‘membuli’ pendatang baharu menyebabkan salah faham mula menyelubungi suasana dalam industri.
Sungguh, keadaan itu telah mencipta suasana tidak menyeronokkan jika hal ini tidak didamaikan dengan segera.
Ketika melayangkan pertanyaan mengenai perkara ini kepada Harissa, anak jati Kuala Lumpur ini juga bersetuju bahawa tidak seharusnya wujud sengketa tidak bermata apa lagi dalam asas adab yang sepatutnya ada dalam diri setiap individu.
“Terus-terang, saya sebagai orang baharu dalam industri seni, setakat ini tak pernah berdepan dengan insiden ‘buli’ daripada mana-mana pelakon senior. Sebabnya, setakat ini, semua orang di setiap set penggambaran yang saya terlibat, sangat baik.
“Perkataan buli itu sendiri bagi saya sangat besar dan tajam. Kadangkala orang boleh salah interpretasi. Ada yang dakwa diri kena buli walhal mungkin itu bukan buli tetapi satu bentuk gangguan sahaja.
“Seharusnya setiap daripada kita perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan yang besar,”katanya.
Berkongsi cerita, kata Harissa, dia pernah melalui pengalaman di mana seorang pelakon senior tidak melayannya begitu baik di set, namun tidak sehingga melabel perlakuan itu sebagai satu tindakan buli.
“Kita semua adalah individu yang berbeza dan cara kita melihat sesuatu itu juga berbeza. Macam saya, bila kejadian seperti itu berlaku, saya tidak anggap ia buli, gangguan itu ada. Mujurlah saya ada ibu yang agak tegas dalam hal kerjaya saya.
“Dia adalah orang pertama yang akan memastikan saya tidak terpalit dengan hal begitu. Tetapi, dia tidak akan selesaikan untuk saya kerana baginya, orang yang harus menyelesaikan masalah atau sesuatu isu itu adalah diri saya sendiri. andai berada di dalam sebuah set, semua orang mempunyai peranan masing-masing dengan sasaran yang satu, menjayakan sesebuah karya itu dengan sehabis baik.
“Saya ini juga orang baharu. Namun apa yang saya buat dan jadikan amalan, setiap kali berada di set, saya akan tegur semua orang. Baik pengarah,barisan pelakon lain, kru. Kita ini bekerja sebagai satu pasukan dan adakala untuk tempoh berbulan lamanya. Kita akan bersua muka hari hari dan jika kita tak boleh saling menghormati, di situlah akan wujud masalah.
“Tak rugi pun buat baik dengan semua orang. Tetapi jangan pula ‘plastik’. Hal ini memang menuntut diri kita sendiri untuk menjadi seorang insan yang baik, kena berhati baik,”katanya.
Sedar bahawa barangkali isu seperti ini turut memberi gambaran buruk buat golongan pendatang baharu yang didakwa sebagai generasi ‘lembik’, tidak kental atau manja, Harissa menyimpan harapan besar untuk melihat ‘perang dingin’ ini ditamatkan.