Wicked: Sebuah ‘homaj’ naskhah ikonik - Utusan Malaysia

Wicked: Sebuah ‘homaj’ naskhah ikonik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WICKED yang anda tonton di panggung hari ini mempunyai sejarah yang sangat panjang. Bermula dengan sebuah novel The Wonderful Wizard of Oz pada 1900, kemudian diadaptasi kepada filem pertama kali (juga pembikinannya sangat kontroversi) pada 1939. 

Ia sekali gus menjadi antara filem terawal Hollywood yang menggunakan technicolor. Tidak berhenti di situ, sebuah buku turut dihasilkan menceritakan lebih terperinci karakter utamanya sebelum dipentaskan secara muzikal di Broadway sehingga kini. 

Pendek kata, Wicked sebuah naskhah yang sangat berpengaruh merentas zaman. Hampir kesemua kanak-kanak di Amerika Syarikat membesar dengan cerita ini walaupun di nusantara ia masih janggal, kerana teks awal legenda dan kesusasteraan kita semestinya berbeza. 

Saya berpendapat, pengalaman menonton Wicked akan lebih mahal dan menyentuh jika anda mengetahui sedikit latar belakang naskhah ini. Itulah sebabnya saya berikan sedikit pengenalan di awal ulasan. 

Sekarang, mari kita bincangkan, adakah filem Wicked bahagian pertama yang begitu hangat dibincangkan ini memang gah seperti diperkatakan?

SETIA KEPADA NASKHAH

Jika anda mengikuti semesta ‘Oz’ dan watak-watak yang ada dalam naskhah ini, anda akan faham bahawa pengarah prolifik, Jon M. Chu cuba sedaya upaya mengekalkan teks asal naskhah ini dan tidak sedikit pun terlupa memberi homaj kepada sejarahnya yang terdahulu.

Contohnya, seperti kasut Nessarose berwarna silver sama dengan teks asalnya di dalam buku pertama. Ia sedikit berbeza dengan filem pertama yang menggunakan warna merah – permintaan pengarah agar warnanya lebih menonjol. 

Sepanjang menonton bahagian pertama saya sudah mula takjub visual yang dipamerkan begitu nyata. 

Rupanya hasil carian di internet, barulah saya tahu bahawa kesemua prop dan set dalam naskhah ini dibina sendiri, maka penggunaan imej janaan komputer sangat minimum. 

Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa Wicked boleh sahaja membolosi senarai pencalonan Akademi Oscar untuk Best Picture. 

Bayangkan, untuk babak ladang bunga yang hanya beberapa saat sahaja, mereka telah menanam sembilan juta bunga tulip segar untuk itu sahaja. Benar kerja gila. 

Warnanya pula lebih dekat dengan apa yang kita lihat di dunia nyata berbeza dengan filem Barbie yang warnanya lebih terang dan menyala. 

Namun apa yang lebih gila adalah bagaimana Ariana Grande dan Cynthia Erivo sendiri sukarela mahu bernyanyi secara langsung dalam naskhah ini. 

Bayangkan, mereka berdua adalah ahli sihir, sudah tentu ada babak mereka berlari dan terbang. 

Saya begitu takjub bagaimana vokal mereka kekal stabil dan jelas dilontarkan. Cuma, saya mungkin mempunyai pandangan tidak popular mengenai naskhah ini. 

Saya faham Wicked membawa semua lagu dalam persembahan muzikal dari Broadway. Bahkan mereka turut memuatkan pelakon asal Glinda dan Elphaba dalam filem ini iaitu Idina Menzel dan Kristin Chenoweth. 

Cuma untuk filem, saya berharap ada satu lagu yang dicipta khas untuk filem ini sahaja dan menjadikannya sangat ikonik. Contoh terdekat Frozen- Let It Go atau Barbie- What Was I Made For. 

Malah, jika lagu khas ini dihasilkan, ia juga boleh dipertandingkan dalam Oscar untuk Best Original Song berbanding apa yang pernah dipentaskan di Broadway. 

Saya enggan berleter panjang, namun melihat kepada jumlah huruf yang agak banyak saya taip ulasan kali ini, eloklah sekiranya anda segera berlari ke pawagam menonton Wicked. Kemudian, selamat bersabar menunggu setahun lagi untuk bahagian kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya