Warga Russia didenda RM1,000 ceroboh kem tentera

Warga Russia didenda RM1,000 ceroboh kem tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara Russia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh Kem Perdana Sungai Besi, dua minggu lalu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membuat keputusan itu setelah tertuduh, Zakharov Ilia, 36, mengaku bersalah atas pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh yang merupakan penuntut universiti swasta boleh dipenjara selama sebulan.

Mengikut pertuduhan, Zakharov didakwa telah menceroboh kawasan larangan iaitu Kem Perdana Sungai Besi pada pukul 4.50 petang, 14 Disember lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya.

Bagaimanapun, peguam bela, Suthes Perumal yang mewakili lelaki itu memohon hukuman minimum dikenakan terhadap anak guamnya kerana telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

“Tertuduh merupakan seorang penuntut dari Russia. Dia telah mengaku bersalah dan memohon maaf atas kesalahannya. Pengakuan tertuduh juga menjimatkan masa dan kos mahkamah. Jadi, memandangkan kesalahan ini berlaku tanpa disengajakan, dimohon agar mahkamah mengenakan hukuman denda paling minimum terhadapnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya