KUALA LUMPUR: Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang meluahkan rasa kecewa berikutan kerosakan lif yang berlarutan lebih dua minggu tanpa sebarang penyelesaian segera. Masalah tersebut telah menjejaskan kehidupan harian penduduk terutama warga emas, individu kurang upaya (OKU) serta keluarga yang mempunyai anak kecil. Seorang penduduk, Rohaya Ali, 63, mendakwa dia mengalami strok akibat terlalu penat dan tertekan apabila ketiga-tiga lif yang ditempatkan di Blok D berkenaan tidak dapat berfungsi. “Saya tinggal di tingkat tujuh dan terpaksa turun lebih awal iaitu pukul 3 pagi untuk menyiapkan barang berniaga. Saya terpaksa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya