Warga asing didenda tawar seks kepada anggota polis 

Warga asing didenda tawar seks kepada anggota polis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua wanita warga asing didenda oleh dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis, bulan lalu.

Di hadapan Majistret Illi Mariqsa Khalllizan, mahkamah mengenakan denda RM1,800 atau penjara dua bulan terhadap seorang warga Thailand, Chiangmai Walaiwin, 36, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan. 

Sementara itu di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, seorang warga Indonesia, Junita Ketaren, 33, didenda RM1,500 atau penjara satu bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan serupa.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada dua anggota polis, di sebuah hotel Jalan Pudu di sini pada pukul 6.30 petang, 22 November lalu.

Kedua-dua wanita itu didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal dan Syafika Azwa Fikri mencadangkan hukuman setimpal dikenakan kepada setiap tertuduh sebagai pengajaran.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu tidak membuat sebarang rayuan.

Pada Jun lalu, media membongkar semula lubuk pelacuran lama di ibu negara termasuk yang tertua sekitar kawasan Pudu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya mengenal pasti empat lokasi di sekitar ibu negara yang dijadikan sarang pelacuran dengan menawarkan khidmat seks pada harga murah kepada pelanggan.

Katanya, lokasi dikenal pasti itu termasuk Jalan Petaling, Jalan Gelang, Jalan Pudu dan Hotel Richmoore. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya