Warga asing didenda tawar pelaburan palsu

Warga asing didenda tawar pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga orang warga asing didenda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini di atas pertuduhan menawarkan pelaburan tidak wujud secara atas talian, bulan lalu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan mengenakan denda RM900 bagi setiap warga China, Zhu Haolin, 26; Fan Wen Ji, 31; dan Cha Yan, 26 selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, setiap petuduh yang bekerja pelayan bar dan restoran perlu dipenjara selama sebulan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didapati bersepakat menawarkan pelaburan atas talian yang tidak wujud dengan menggunakan peranti elektronik seperti komputer riba dan telefon bimbit di sebuah kondominium, di Cheras di sini pada 30 November lalu.

Masing-masing didakwa di bawah Seksyen 120 (b)(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM900.

Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri mencadangkan hukuman maksimum RM900 wajar dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, peguam M. Rohaizat Amin yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon anak guamnya dikenakan hukuman ringan memandangkan mereka memasuki Malaysia dengan cara yang sah untuk bekerja.

“Ini adalah kesalahan pertama mereka dan mereka tidak mempunyai rekod jenayah. Ketiga-tiga tertuduh memohon maaf, mengaku bersalah dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Mereka memasuki Malaysia untuk mencari sumber pendapatan dengan cara yang sah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya