Wanita Thailand tidak mengaku salah guna dadah

Wanita Thailand tidak mengaku salah guna dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warganegara Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan dadah, minggu lalu.

Miss Natcha Sapsin, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Ariffin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah memberikan dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine kepada dirinya sendiri pada pukul 2.45 petang, 17 Disember lalu di Wangsa Maju di sini.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 38B(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara hingga dua tahun serta dikenakan pengawasan minimum dua tahun dan maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan dua penjamin warganegara tempatan.

Bagaimanapun, peguambela, Izzat Amir yang mewakili Sapsin memohon pengurangan jumlah wang jamin atas alasan anak guamnya masih menganggur.

“Miss Natcha tidak bekerja buat masa kini dan dia juga telah memberi kerjasama yang baik dengan menghadirkan diri di mahkamah hari ini. Dimohon jumlah jaminan paling minimum dikenakan terhadap tertuduh,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan dua penjamin warganegara tempatan dan menetapkan 19 Mac depan untuk sebutan semula kes.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya