Wanita Indonesia mengaku rakyat tempatan ditahan

Wanita Indonesia mengaku rakyat tempatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Taktik seorang wanita Indonesia mengaku sebagai rakyat tempatan sebelum cuba melarikan diri semasa pemeriksaan oleh Jabatan Imigresen negeri ini gagal mengaburi pihak berkuasa apabila ditahan dalam serbuan di Taman Tampoi Indah, di sini Ahad lalu.

Pengarah Imigresen negeri, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, semasa pemeriksaan, wanita dalam lingkungan usia 30 an itu yang mengaku sebagai warga tempatan, tidak mahu bekerjasama menunjukkan pengenalan diri serta melakukan provokasi dan cuba melarikan diri.

“Kecekapan dan kepantasan pegawai berjaya mencekup semula wanita yang dipercayai tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Wanita itu antara 24 warga asing ditahan, selain Myanmar, Pakistan dan Sri Lanka berusia antara 20 hingga 45 tahun.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) selain Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika, untuk siasatan dan tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya