Wang simpanan ibu  RM62,214.59 lesap akibat scam

Wang simpanan ibu RM62,214.59 lesap akibat scam

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Impian seorang lelaki untuk mendapat pulangan lumayan dengan melabur dalam pelaburan bitcoin dalam talian musnah apabila kerugian sebanyak RM62,214.59 akibat terpedaya dengan sindiket itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa yang bekerja sebagai pengurus inap desa t menyertai saty kumpulan dalam media sosial yang menawarkan pelaburan bitcoin berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) pada 19 Disember lalu.

Katanya, mangsa yang berusia 30 tahun terpikat dengan pelaburan bitcoin tersebut dan menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat terperinci.

“Mangsa memuat turun aplikasi pelaburan bitcoin itu dan membuat dua transaksi berjumlah RM62,214.59 menggunakan wang simpanan ibunya. Mangsa yang berasal dari Chendering kemudian diberikan imbasan Kod QR dengan alasan membuat pengesahan kontrak pelaburan AI tersebut,” katanya hari ini.

Tambahnya, selepas membuat imbasan kod tersebut, mangsa mendapati pelaburan bitcoinnya  dalam aplikasi itu  dipindahkan ke aplikasi pelaburan bitcoin lain yang tidak dikenali. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya