Wan Ahmad Dahlan dahului 94 penerima darjah Sultan Selangor

Wan Ahmad Dahlan dahului 94 penerima darjah Hari Keputeraan Sultan Selangor

WAN AHMAD DAHLAN ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ketua Pengarah Per­khid­matan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz me­nge­tuai senarai 94 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena Hari Ulang Tahun Kepute­raan Sultan Selangor, hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan darjah Paduka Mahkota Se­langor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada beliau sempena hari keputeraan baginda yang ke-79 dalam Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor di Istana Alam Shah, hari ini.

Turut menerima darjah sama ialah Pengerusi Eksekutif The Edge Communications Sdn. Bhd, Tan Sri Tong Kooi Ong. Bagi darjah Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran Datuk, penerimanya adalah Anggota Lembaga Pengampunan Sela­ngor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman.

Selain itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menganuge­rahkan Darjah Kebesaran – Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang kepada 11 orang, antaranya adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Datin Sharrina Abdullah; Duta Besar Malaysia Ke Maghribi, Datuk Shahabudeen Adam Shah dan Hakim Mahkamah Keluarga Kuala Lumpur, Datin Evrol Mariette Peters.

Turut menerima anugerah tersebut adalah Panglima Markas Briged Ke-11 Infantri, Kem Sungai Buloh, Brigadier Jeneral Shahir Hafizul Abd. Rahman; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Datin Rahilah Rahmat dan Ahli Lembaga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor, Datuk Cheremi Tarman.

Baginda juga berkenan me­ngurniakan darjah tersebut kepada empat ahli korporat iaitu, Pengarah Urusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datin Azaina Adham; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perdana Parkcity Sdn. Bhd., Datuk Joseph Lau, CEO Aeon Bank (M) Berhad, Datuk Raja Maimunah Raja Abdul Aziz dan Pengarah Ranhill Utilities Berhad, Datuk Faiz Ishak.

Darjah tersebut membawa gelaran Datuk bagi penerima lelaki dan Datin Paduka bagi pe­nerima wanita.

Ia turut dikurniakan kepada Exco Pertanian dan Infrastruktur, Datuk Izham Hashim yang merupakan satu-satunya ahli politik menerima anugerah dalam istiadat yang berlangsung di Balairong Seri, hari ini.

Bagi anugerah Darjah Kebesaran Dato’ – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran sama, mendahului senarai ialah Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Datuk Muhammad Farhan Wijaya; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddi Suhaimee dan Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Datin Hanafisah Jais.

Sultan Selangor juga meng­anugerahkan darjah sama kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Selangor, Datuk Dr. Muhammad Ayman al-Akiti; Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Zakat Selangor, Datin Badariah Abd. Jalil dan CEO Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Nur-ul Afida Kamaludin.

Darjah tersebut turut dikurniakan kepada sembilan ahli korporat iaitu CEO Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Datuk Saipolyazan M. Yusop; Pengarah Milestone Power Sdn. Bhd, Datuk Norhamidi Abdul Rahman, CEO TH Travel & Services Sdn. Bhd, Datuk Tengku Badlishah Tengku Ibrahim.

Turut menerimanya, Pe­ngarah Urusan Rafulin Hol­dings Sdn. Bhd, Datuk Mohamed Raffe K. Chekku; Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Datuk Kuik Cheng Kang dan CEO Kumpulan IJM Corporation Berhad, Datuk Lee Chun Fai

Sultan Selangor juga ber­kenan mengurniakan darjah ter­sebut kepada Ahli Lembaga Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan, Datuk Michael Leow Kean Teck; Pengarah Eksekutif Kumpulan Sunway, Datin Sarena Cheah Yean Tih serta Pengarah Urusan Kumpulan IOI Corporation Berhad, Datuk Lee Yeow Chor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN