`Wakil Rakyat Untuk Rakyat’ mula tahun depan - Ab. Rauf

`Wakil Rakyat Untuk Rakyat’ mula tahun depan – Ab. Rauf

RAUF Yusoh menyampaikan wang sagu hati pada Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Krismas Peringkat Negeri di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka akan melaksanakan inisiatif baharu merakyatkan pentadbiran kerajaan negeri menerusi program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bagi membantu menyelesaikan permasalahan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, program tersebut bertujuan menyelesaikan segala permasalahan sama ada daripada segi hal ehwal tanah, keperluan infrastruktur dan sebagainya.

Menurutnya, WRUR merupakan satu nafas baharu dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan berkonsepkan turun padang untuk mendengar denyut nadi rakyat di semua peringkat.

“Saya menyeru kepada semua agar manfaatkan peluang untuk bertemu dan mengemukakan sebarang masalah kepada wakil rakyat agar sekurang-kurangnya bebanan yang dipikul dapat diringankan. 

“Semua inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan ini sebagai tanda komitmen dan kesungguhan kerajaaan negeri dalam memberi perkhidmatan yang terbaik, di samping menterjemahkan kepedulian kerajaan terhadap kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Krismas Peringkat Negeri di Seri Bendahara di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, sebanyak RM40,000 diperuntukan kepada 200 masyarakat beragama Kristian yang menerima wang sagu hati RM200 setiap seorang menjelang sambutan Krismas tidak lama lagi.

Jelasnya, ia merupakan antara skim bantuan Program Sumbangan Bantuan Perayaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka.

“Kita akan menyantuni dan mendengar pelbagai keluh kesah dan rintihan rakyat. Kita ambil perhatian, kita terus melaksanakan tindakan. Kita cuba sedaya upaya membantu meringankan beban tidak kira latar belakang dan perbezaan kaum khususnya pada setiap musim perayaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya