Vivy, suami akan didakwa lagi

Vivy, suami akan didakwa lagi

VIVY YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar bakal didakwa dengan pertuduhan membabitkan penyalahgunaan dana awam dalam masa terdekat.

Pertuduhan baharu itu berkaitan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM43 juta.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, pertuduhan alternatif itu akan difailkan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan sehingga lima tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

“Ini sebagai notis awal kepada pihak pembelaan dan mahkamah. Bagaimanapun, hari ini kita akan meneruskan prosiding dengan satu tuduhan yang telah difailkan,” katanya.

Setakat ini, pihak pendakwaan masih belum mengesahkan tarikh spesifik bagi pendakwaan tambahan tersebut.

Terdahulu, Vivy atau nama penuhnya, Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pecah amanah dengan memindahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB sebanyak RM8 juta dari akaun bank Fashion Valet kepada syarikat 30 Maple Sdn. Bhd. tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah platform e-dagang berkenaan.

Syarikat 30 Maple merupakan syarikat yang mengeluarkan produk tudung jenama Duck yang diasaskan oleh Vivy.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 21 Ogos 2018 di Public Bank Berhad cawangan Bukit Damansara, Bukit Damansara di sini.

Media sebelum ini melaporkan SPRM telah mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan sejak 2018 sehingga 2023.

SPRM dilaporkan membuat rampasan kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan.

Pada 1 November lalu, SPRM mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap kerugian RM43.9 juta pelaburan Khazanah dan PNB dalam platform e-dagang itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya