Utusan Malaysia raih Anugerah Kecemerlangan Media Cetak AKPK

Utusan Malaysia raih Anugerah Kecemerlangan Media Cetak AKPK

WARTAWAN Utusan Malaysia, Muhammad Aiman Ali (kiri) menerima trofi dan sijil yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir dan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKPK, Rohanizam Talib pada Majlis Anugerah Kolaborasi AKPK 2023/24. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia dinobat sebagai akhbar harian terbaik di negara ini oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada Majlis Anugerah Kolaborasi AKPK 2023/24, hari ini.

Utusan Malaysia meraih Anugerah Kecemerlangan Media Cetak AKPK yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir.

Kejayaan diterima itu sebagai pencapaian akhbar ini dalam melaporkan berita mengenai isu kewangan yang dihadapi oleh masyarakat meliputi golongan belia dan dewasa serta ilmu celik kewangan.

Antara media lain yang turut menerima penganugerahan ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi Anugerah Kecemerlangan Media Audio dan Digital.

Selain itu, Astro Awani memenangi Anugerah Kecemerlangan Media Visual dan Digital.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan tiga isu semasa membabitkan masalah pengurusan kewangan atau kredit dalam golongan belia dan dewasa serta pengabaian warga emas.

Pendedahan itu menerusi artikel bertajuk ‘53,000 belia berhutang hampir RM2 bilion’ dan ‘Ketagih berbelanja punca orang muda muflis’ oleh Aiman Ali serta ‘Seorang dari 10 warga emas Malaysia jadi mangsa dera’ oleh Arif Aiman Asrol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya