UTeM Terima Anugerah Pembayaran Zakat Tertinggi Kategori IPTA

UTeM terima anugerah pembayaran zakat tertinggi kategori IPTA

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya menerima Anugerah Majikan Zakat Melaka 2023 bagi Kategori Pengajian Tinggi Awam sebagai pembayar zakat tertinggi negeri Melaka.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sewaktu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Anugerah Majikan Zakat Melaka Tahun
2023 di sebuah hotel, di Melaka, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata, UTeM sebagai salah sebuah IPTA di Melaka yang turut sama membuat bayaran zakat menerusi potongan gaji bulanan.

Jelasnya, ini menzahirkan komitmen kakitangan UTeM bagi menunaikan kewajipan sebagai pembayar zakat yang membuat pembayaran secara komited seterusnya membantu negeri Melaka dalam meningkatkan pungutan zakat negeri.

“Langkah ini sekaligus menyumbang kepada usaha agresif negeri Melaka dalam aspek pengurusan dan pengagihan kepada golongan asnaf yang memerlukan di negeri ini.

“Pada masa yang sama hal ini tentunya seiringan dengan dengan aspirasi negeri Melaka ke arah mewujudkan masyarakat inklusif, makmur dan sejahtera.

“Alhamdulillah bagi tahun 2023 warga UTeM telah menyumbang sebanyak RM 1.58 juta kutipan wang zakat dalam kalangan kakitangannya,” ujar beliau dalam kenyataan media.

Dalam majlis tersebut UTeM menerima Anugerah Majikan Zakat Melaka 2023 bagi kategori IPTA dan Ketua Pegawai Operasi UTeM, Masdzarif Mahat mewakili Naib Canselor UTeM menerima anugerah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya