UTeM dukacita kematian dua pelajar nahas jalan raya

UTeM dukacita kematian dua pelajar nahas jalan raya

BAHAGIAN hadapan kereta dinaiki empat mahasiswi UTeM remuk selepas terbabas di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melahirkan rasa dukacita atas kematian dua pelajar, Nurul Syafiqah Nasruddin, 19, dan Nurhanis Afryna Azizan, 19, yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 187.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi.

Kemalangan tersebut turut mencederakan dua lagi rakan mereka iaitu Nur Hanis Suraya Supiyan, 20, dan Azwalidiya Azman, 21, yang kini dirawat di Hospital Melaka.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr. Massila Kamalrudin berkata, pihak pengurusan dan seluruh warga UTeM berdukacita menerima perkhabaran itu dan mengucapkan salam takziah kepada ibu bapa dan ahli keluarga pelajar terbabit.

Menurutnya, pihak UTeM telah menguruskan urusan berkaitan kesemua mangsa sejurus selepas mendapat maklumat mengenai kemalangan tersebut.

“Sehingga petang ini pihak UTeM sedang menguruskan kedua-dua jenazah di Hospital Jasin selepas melalui proses bedah siasat terlebih dahulu.

“Selepas selesai urusan tersebut kita pihak akan menggerakkan proses penghantaran kedua-dua jenazah pelajar ke kampung halaman mereka di Muadzam Shah, Pahang dan Gemencheh, Negeri Sembilan bagi urusan pengkebumian di sana, ” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menguruskan mengenai pampasan insurans kematian dan sumbangan dari Tabung Khairat Pelajar UTeM kepada keluarga pelajar yang telah meninggal dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya