Utamakan sekolah, solat, kunci kejayaan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Utusan Malaysia

Utamakan sekolah, solat, kunci kejayaan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon cilik, Qisha Hairulzain berjaya memenangi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Magik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33),  di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, malam tadi

Menurut pelakon yang berusia 12 tahun itu, dia sendiri tidak menjangkakan kemenangan tersebut memandangkan pesaingnya amat sengit.

“Rasa bangga dengan diri sendiri. Saya susah nak gambarkan rasa gembira ini. Saya tidak sangka saya akan menang kategori ini kerana calon lain lebih layak. Untuk tercalon bagi kategori ini juga saya tak jangka,” katanya selepas menerima trofi kemenangan.

Mengulas mengenai penglibatannya dalam industri lakonan, Qisha memberitahu dia terinspirasi daripada ibunya, Amanda Misbun dan ibu saudaranya, Aliza Misbun.

“Saya terinspirasi daripada ibu dan ibu saudara saya. Dulu ibu saya selalu pergi ke lokasi penggambaran. Dari situ saya mula minat. Saya mula berlakon pada usia empat tahun,” jelasnya ringkas.

Dalam masa sama, pelakon filem Magik itu juga berpendapat walaupun sudah memenangi anugerah, pelajaran adalah perkara yang lebih diutamakan walau sudah bekerja pada usia muda.

“Saya bersekolah di sekolah kerajaan. Saya rasa untuk menjadi pelakon, ilmu itu perlu didahulukan dan solat.

“Sekolah tetap sekolah,” ujarnya.

Kemenangan Qisha pada malam ini secara tidak langsung berjaya menumpaskan empat lagi pelakon kanak-kanak lain iaitu Syed Muhammad Baqir, Joanne Marrisa, Nur Qistina Raisa dan Shamsul Danish.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya