Utamakan pembangunan infrastruktur asas, utiliti di Sabah dalam RMK-13

Utamakan pembangunan infrastruktur asas, utiliti di Sabah dalam RMK-13

HAHELMEY Yahya (empat kiri) bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (tiga kiri) semasa sesi libat urus RMK-13 bersama kerajaan negeri Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan perlu memberi keutamaan dalam pembangunan infrastruktur asas dan utiliti di Sabah dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), yang memerlukan perhatian khusus di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penyediaan utiliti asas seperti bekalan air bersih dan elektrik yang lengkap terutama di kawasan luar bandar amat penting bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, di samping merangsang pelbagai aktiviti seperti pertumbuhan ekonomi dan pelaburan.

“Ini penting bagi mencipta persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan sosioekonomi yang mampan di Sabah,” katanya dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya pada sesi libat urus RMK-13 bersama kerajaan negeri di sini hari ini.

Hajiji berkata, jurang pembangunan yang signifikan antara bandar dan luar bandar di Sabah merupakan cabaran yang perlu diatasi secara kolektif.

Katanya, kerjasama berterusan antara kerajaan Persekutuan dan negeri dilihat mampu
menyediakan peluang yang setara kepada semua rakyat Sabah untuk menikmati kemajuan dan kesejahteraan yang lebih baik.

Hajiji berkata, Sabah merupakan penyumbang keenam kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nasional dengan nilai sebanyak RM83.2 billion atau 5.3 peratus daripada keseluruhan KDNK negara pada tahun lalu.

Menurutnya, dengan potensi ekonomi yang luas dan sumber daya yang tersedia, Sabah sebenarnya mempunyai kapasiti untuk meningkatkan lagi prestasi ekonomi negeri dan mampu memberikan sumbangan yang lebih signifikan kepada KDNK nasional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya