Tujuh pelajar daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia yang pertama menyertai Pertandingan Kenderaan Tanpa Peringkat Antarabangsa di TEKNOFEST 2024, yang diadakan di Kahramanmaras Turkoglu Logistic Center, Kahramanmaras, Turkiye, baru-baru ini.
Pemandu Peringkat Antarabangsa di TEKNOFEST 2024, yang diadakan di Kahramanmaras Turkoglu Logistic Center, Kahramanmaras, Turkiye, baru-baru ini.
Kumpulan USM Skyscanner itu berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih tempat ke-23 daripada 73 finalis, menewaskan lebih 2,333 penyertaan daripada seluruh dunia.
Antara peserta lain termasuk pasukan dari Institut Teknologi Bandung, Indonesia, universiti daripada Azerbaijan, dan institusi daripada Turkiye, menjadikan pencapaian kumpulan tersebut satu kebanggaan yang luar biasa buat Malaysia.
Inovasi Sistem Penyelamatan Pintar menggunakan Dron Multicopter Projek yang diketengahkan kumpulan ini adalah konsep sistem penyelamatan pintar menggunakan dron.
Dron tersebut direka untuk memberikan bantuan kemanusiaan, termasuk menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa yang terkandas.
Selain itu, ia turut dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang membolehkannya menentukan posisi secara autonomi di lokasi mangsa, memastikan bantuan dihantar dengan tepat.
Satu lagi keunikan ciptaan tersebut adalah integrasi sistem aplikasi berasaskan web dan telefon pintar yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Pengetahuan, Komunikasi danTeknologi (PPKT) USM Kejuruteraan.
Aplikasi itu membolehkan laporan kecemasan dan titik lokasi sistem penentu kedudukan global (GPS) diterima secara nyata, membolehkan dron diterbangkan secara automatik kepada mangsa.
Kejayaan yang terhasil daripada persediaan rapi setelah melalui persediaan intensif selama enam bulan, kumpulan berkenaan membuktikan bahawa rekaan konsep boleh direalisasikan sebagai ciptaan sebenar. Kejayaan tersebut mengukuhkan keyakinan bahawa anak Malaysia mampu bersaing dan setara dengan graduan antarabangsa, khususnya dalam bidang teknologi dron dan industri aeroangkasa.
Menurut Pengurus Kumpulan USM Skycanner Nur Aisyah Mohamad Shariff , platform mencungkil bakat dan memberi inspirasi kepada penyertaan ini bukan sahaja memberikan pengalaman berharga di peringkat antarabangsa tetapi juga mencungkil bakat serta potensi pelajar USM yang mempunyai minat dan kebolehan tinggi dalam bidang aeroangkasa dan dron.
“Kejayaan tersebut mencetuskan rasa bangga kerana dapat membawa nama Malaysia sekali lagi ke persada dunia, kali ini dalam pertandingan yang lebih besar dan mencabar seperti TeknoFest 2024.
“Pencapain ini amat dihargai terutama kepada kepada ahli kumpulan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, USM, MiGHT (Kumpulan Kerajaan-Industri Bagi Teknologi Tinggi Malaysia),
Yayasan Perkasa Siswa (KPT), SATNSC, dan Drone bot Thailand yang memberikan sokongan penuh sehingga dapat membawa nama Malaysia ke peringkat dunia,” ujarnya.
Pelajar yang terlibat ialah Nur Aisyah , Hanis Sofea Muhamad Sazali, Evo Wilbur Walter Syafiq Sulaiman Ziyyad, Imanhadi Yazid Aqram Syafa Aznil Azreen dan Nursyafiqah Hamzah
“Tahniah kepada kumpulan USM Skyscanner atas kejayaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus mengharumkan Malaysia di peringkat global, “ ujar beliau lagi sambil melahirkan rasa bangga dapat membawa nama Malaysia sekali lagi ke persada dunia, kali ini dalam pertandingan yang lebih besar dan mencabar seperti TeknoFest 2024.- UTUSAN