USIM lancar kedai serbaneka berkonsepkan AI

USIM lancar kedai serbaneka berkonsepkan AI

Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin ketika merasmikan kiosk penyediaan kemudahan itu hasil kerjasama antara USIM dengan pihak Panas Express.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi menambahkan kemudahan kepada pelajarnya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini melancarkan kedai serbaneka berkonsepkan kecerdasan buatan (AI) yang merupakan pertama di institut pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Penyediaan kemudahan itu adalah hasil kerjasama antara USIM dengan pihak Panas Express iaitu pengendali kiosk layan diri AI tanpa pekerja yang telah mempunyai 80 lokasi operasi di seluruh negara.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, program, kemudahan berkenaan membolehkan pelajar membeli makanan dan minuman dengan pantas dan pada bila-bila masa.

“Dengan teknologi layan diri ini pelajar lebih mudah mengakses perkhidmatan 24 jam serta usahawan dan pelanggan dididik untuk lebih telus dan amanah dalam urus niaga.

“Kerjasama ini bukan sekadar menyediakan fasiliti kampus, tetapi juga memupuk nilai integriti serta mencerminkan usaha USIM dalam menerapkan pendidikan holistik melalui teknologi canggih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kiosk Panas Express di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) USIM, Nilai di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya