Usahawan asnaf berputih mata, bongkah sarang kelulut musnah

Usahawan asnaf berputih mata, bongkah sarang kelulut musnah

Timbalan Setiausaha (Operasi) MAINS, Datuk Nor Azmi Musa (kiri) melihat bongkah madu kelulut diusahakan Norazuan yang musnah akibat banjir di Felda Jelai 4, Tampin, Negeri Sembilan. - GAMBAR IHSAN MAINS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang usahawan asnaf yang mendapat bantuan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Felda Jelai 4 di sini bagi mengusahakan madu kelulut tidak sempat untuk mendapat hasil pertama selepas bongkah sarang kelulut dimilikinya musnah dalam kejadian banjir baru-baru ini.

Norazuan Abdul Wahab, 46, berkata, bencana banjir yang berlaku pada Jumaat lalu memusnahkan sebahagian daripada 11 bongkah sarang kelulut.

“MAINS menerusi konsultan yang dilantik telah membantu dengan memberikan sebanyak 10 bongkah sarang madu kelulut pada Ogos lalu untuk diusahakan saya bagi menambah pendapatan.

“Namun malangnya bongkah-bongkah ini musnah dalam banjir minggu lalu dan kelulut mati tanpa sempat saya mendapatkan hasilnya yang pertama.

“Bagaimanapun saya lega apabila MAINS memaklumkan, pihak konsultan akan menggantikan bongkah sarang kelulut baharu selain membaiki bongkah yang rosak dan masih boleh digunakan supaya dapat saya mengusahakannya kembali,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Norazuan memberitahu, dia memilih memohon untuk mengusahakan madu kelulut daripada pihak MAINS kerana mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

“Selain itu, saya ada juga membeli hasil madu kelulut dari pihak konsultan berkenaan yang kemudian saya label dan botolkan semula untuk dijual,” katanya.

Sementara itu, MAINS menerusi kenyataan memaklumkan telah menghulurkan sumbangan kepada usahawan asnaf yang terjejas banjir baru-baru ini seperti Norazuan menerusi bantuan kit makanan dan wang tunai segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya