UPM Holdings buka pusat dialisis, bakal beroperasi tahun hadapan

UPM Holdings buka pusat dialisis, bakal beroperasi tahun hadapan

AHMAD Farhan ketika merasmikan pembukaan pusat dialisis Putra Renal Intervention & Dialysis Centre (PRINCE) yang bakal beroperasi Januari 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UPM Holdings Sdn. Bhd. (UPM Holdings) mencatat sejarah dengan pembukaan pusat dialisis pertamanya, Putra Renal Intervention & Dialysis Centre (PRINCE), dilengkapi enam mesin dialisis untuk menampung sehingga 24 pesakit sehari yang bakal beroperasi Januari 2025.

Pengerusi UPM Holdings, Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata, usaha terbaharu itu merupakan usahasama di antara UPMHoldings dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM bagi memberikan manfaat kepada pesakit yang memerlukan rawatan efektif dan konsisten.

Menurutnya, kerjasama itu juga menyokong peranan UPM sebagai institusi unggul dalam penyelidikan, inovasi, dan pembangunan modal insan dalam bidang kesihatan.

“Kerjasama strategik antara akademia dan korporat ini adalah bukti nyata bahawa sinergi yang kukuh mampu memberi impak besar kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

“Peranan UPM Holdings dalam bidang industri perkhidmatan, khususnya dalam penyelidikan alternatif perubatan untuk diabetes, akan disinergikan dengan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) bagi meningkatkan keupayaan bumiputera dalam penyelidikan klinikal boleh membantu menghasilkan produk perubatan yang berdaya saing,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, sebagai sebuah institusi yang mendukung aspirasi untuk menjadi pemacu kecemerlangan dalam pendidikan, penyelidikan, dan inovasi untuk kesejahteraan sejagat, PRINCE melambangkan usaha murni dalam memastikan penjagaan kesihatan yang holistik dan mampan.

Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UPMHoldings, Mohd Shahrulnizam Md. Sharif, sebanyak enam unit hemodialisis baharu telah ditempatkan di pusat tersebut pada tahun ini mampu memberikan perkhidmatan dialisis kepada pesakit buah pinggang kronik (CKD).

“Dengan adanya pusat PRINCE, UPMHoldings optimis akan menjadi pemangkin kepada perubahan positif yang berkesinambungan, memberikan impak nyata kepada kehidupan mereka yang memerlukan, dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera.

“PRINCE juga komited untuk menjadi pusat rujukan utama yang diterajui oleh pakar-pakar nefrologi terkemuka dari HSAAS termasuk Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria, Prof. Dr. Christopher Lim Thiam Seong, Dr. Anim Md. Shah, dan Dr. Wan Zul Haikal Hafiz Wan Zukiman,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya